Assalamualaikum...apa khabar semua?..harap2 semua yg sedang menggodek blog aku ni sihat2 belaka.. :)
Ok semua org tahu (semua org ke?) yang aku dan kawan2 lain sedang main kutu hexagon. Dan kalau mengikut kira2 dari kak Dee sudah nak sampai ke penghujung nye. Sekarang ni dah number 6 , so ada lagi 4 org. Number 6 adalah kak shima dan number 7 adalah zura. Dan yang selebihnye adalah turn kak dee. Lepas tu game kutu kitaorang semua dah habis.
Jadi aku ada bagi cadangan kepada kak dee supaya kita boleh buat game baru untuk tahun hadapan, dan kak dee cadangkan supaya aku jadi kepala..ok aku rasa aku boleh jadi kepala..heheh bukan susah pun letak aja kepala atas badan jadilah kepala kan?..heheheh gurau aja... :).
Ok back to the point, so aku punya cadangan untuk tahun depan supaya kita main kutu quilt block . Tak tahu apa itu quilt block?..ok gambar kat bawah ni menerang kan apa itu quilt block.

Dan gambar kat bawah ni plak adalah block2 yang dah dicantum dan dijadikan quilt , so quilt ni dipanggil quilt sampler sebab banyak jenis block dalam tu kan..(huhuhuhu..apa aku cakap ni) sorry ye aku ni tak pandai nak buat penerangan bertulis..harap2 korang paham ajalah...

Give credit for this picture to http://www.quiltingbyjanice.com
Ok gambar ni bukan aku punya..aku search kat internet jumpa contoh gambar ni, so aku pinjam letak kat blog aku sebab nak tunjuk kat korang..heheh.
So ada yang berminat nak main tak?????..aku perlukan 12 org sebab aku nak buat satu bulan satu block setiap seorang. Tapi kalau ada ramai yg nak main aku boleh pecahkan kepada 2 kumpulan. So dalam satu bulan aku akan buat cabutan nama siapa yang akan naik untuk setiap kumpulan. Makna nye dalam satu bulan tu akan ada 2 nama tetapi kumpulan lain2...
Sila tinggalkan komen pada entry ini samaada korang nak main atau pun tidak....game ini akan bermula pada awal tahun depan dan habis pada akhir tahun depan. Kalau ramai yg berminat nanti aku akan bagi website dimana korang boleh dapat kan free pattern untuk buat quilt block dan juga cara2 nak buat quilt block tu ok...