Sunday, May 25, 2008

Brave World

Dua hari lepas aku dah start aktif balik menjahit. Tapi bukan buat dress ke atau pun smocking. Aku start buat balik quilt projek aku yang tergendala.
Ni kat bawah ni adalah projek aku yg baru buat. Ianya dinamakan Brave world.Senang aje buatnye. Yelah aku dah ada buku cara2 macam mana nak buat senanglah sikit.


abaikan rokok yg terselit kat gambar sebelah tu..that's not mine..hehe
Kat bawah ni plak adalah gambar beberapa block brave world yang aku dah buat dan cuba setkan untuk jadikan quilt besar. Cantik juga bila dah sambung banyak-banyak macam ni. Sekarang ni aku dilema lah plak sama ada aku nak letak sashing diantara setiap block atau aku terus sambung aje macam gambar kat bawah ni...any idea friends?...

Yang bawah ni plak adalah sunflowers quilt yang aku bagi kat alicia masa birthday dia baru ni. Tak pakai lagi pun...heheh. Sebabnye dia ada selimut yang lagi dia suka kot dari auntie dia...selimut dari US..lembut plak tu..dia suka lah kot...alah yang dibuat dari kain wool kot kalau tak silap aku...

Ha ni plak adalah backing dia...aku letak kain yang ada print bunga yang besar-besar sikit. Kononnye nanti bila dia besar dia boleh tukar sebelah yang print besar tulah kalau dia tak suka design yang sunflower tu...tapi bila aku pikir balik, nanti bila dia dah besar quilt ni plak kecik sebab aku buat kecik aje..heheh



Posted by Picasa

No comments: