Thursday, October 23, 2008

Country Doll

Photobucket
Assalamualaikum semua...apa khabar?...ha raya dah habis aku baru ni dapat update blog ni. Bukannye dah malas atau pun takde masa, tapi takde projek baru. So story pun takde juga..heheh. Aku just update blog aku yg satu lagi tu aje...

Semalam aku pergi ambik kelas kat Cottage Patch lagi. Kali ni aku pergi belajar buat Country Doll plak. Sangat cantik tau doll ni..aku geram tengok. Sebab tu aku ambik keputusan nak buat. Masa tengok doll ni rasa macam susah sangat tapi bila dah belajar senang aje. Tapi maaf ye kalau aku nak ajar orang balik aku memang tak pandai..heheh.

So inilah hasil doll yang aku pergi belajar buat. Aku nak bagi kat Alicia...yang Norman punya belum buat lagi. Nnt aku akan buat satu untuk Norman.

Kalau ada sesiapa nak tempah tu boleh lah bagitau kat aku. Doll ni perfect untuk bagi kat orang sebagai hadiah. Nnt aku akan cuba buat style baju lain plak..kalau jadi aku akan update kat blog ni. Masa belajar ni diaorang ajar basic dia aje...so pepandai kita lah nak hias dia cantik2 ngan dress yg kita suka.

Ok..apa-apa hal email aku...email aku ada kat sebelah blog ni...ok..bye.....

Photobucket


Posted by Picasa

1 comment:

+ iNaMoRaTa + said...

eee..cute la..
nak doll ni leh x?..hehehe