Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya....

Photobucket

Assalamualaikum semua....hmm...aku rasa semua orang sekarang tengah busy membuat persediaan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

So dikesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua blog readers yg datang ke blog aku ini seandainye selama kita berkenalan aku ada melakukan kesalahan dan terkasar bahasa dengan anda semua.

Aku juga telah memaafkan kalian walaupun dimana kalian berada, semoga hari raya kali ini akan memberikan kemeriahan kepada semua. Berhati2 lah kepada semua yang memandu untuk balik kg dan janganlah biarkan org yang menanti kehadiran kalian bersedih sebaliknye biarlah mereka gembira menyambut kepulangan org yg tersayang .

Akhir sekali , Selamat Hari Raya ....bila makan kuih2 tu ingat2lah kat aku sama ye....hahahah...macamlah aku takde kuih raya....



P/S Opppsss...lupa nak bagi kredit kat botakarts sebab aku ambik gambar kad raya yg dia buat ni....heheh...thanks botak....





Photobucket

Thursday, September 18, 2008

Quilted throw pillow cover


Aku nak buat ni jadi pillow cover. Nanti dah siap aku tunjuk

Sarah's choice


Ok aku promise zila nak tunjuk aku punya sarah's choice block, so inilah hasilnye.

Tak tau kaler yang aku pilih tu masuk ka tak... Hmm nak buat apa ngan ni ye? Hehe dah banyak block yang aku buat, nampak nye banyak lah projek aku. Nak plak alicia dah sekolah, so aku ada free time sikit lah,

Wednesday, September 17, 2008

3rd Bishop


Hmm ni nak buat kat alicia. Harap sempat pakai raya. Banyak benda nak buat, kuih raya lagi. Kalau tak pakai yang lama lah.

Tuesday Draw : Navy collared Dress Kit

Photobucket


Hmmm..aku rasa ni kali kedua aku enter give away punya peraduan. Yg ni adalah dari blogSnazzynSuch . Dia nak bagi kit untuk buat dress . Cantik juga aku tengok dress tu. So aku buat entry ni sebab nak menang give away nilah..heheh.

So pada sesapa yg nak menang hadiah ni gilah blog ni . Kalau ada tuah harap2 aku boleh menang, boleh gak buat untuk Alicia..heheh. Cuba tengok gambar kat bawah ni...cantikkan baju ni...

P/S...ok ke i ambik gambar ni dari blog you?..heheh kalau tak ok nnt i delete balik ye...

Photobucket

Tuesday, September 16, 2008

Baju kurung purple

Photobucket
Aku baru lepas isapkan baju kurung purple ni. Bukan untuk aku , tapi untuk anak sedara aku. Mak dia minta tolong aku buatkan....tapi aku tak berapa nak puas hati sebab tak berapa nak menjadi....nampak aja dalam gambar ni cantik. Tapi kalau tengok kat luar taklah nampak cantik sangat.

Yang sebenarnya aku dah lama tak menjahit baju kurung untuk org dewasa ni...biasa aku jahit untuk anak dara aku tu aje..kecik ni senang sikit nak handle...kalau besar susah nak plak kalau kain nye lembut sikit..lagilah lari habis semua.



Yang ni plak bahagian lehernye tu...aku buat jahitan karipap, tapi tak berapa nak jadi...senget aja..heheh. Lepas tu kat bahagian bawah dekat ngan bahagian yg bentuk "V" tu tak berapa nak jadi jugak. Hmm..takpelah...aku harap diaorang suka..aku dah lama tak menjahit. Aku pun pada mulanye tak mau ambik tapi pikir2..aku ambik ajelah...next time maybe dak dah kot...heheh.

Photobucket


Posted by Picasa

Monday, September 15, 2008

Sewing room


Hmmm ni lah tempat menjahit aku... Ops ni atas permintaan tini, hehe.

Actually ni kat tingkat bawah sekali, tempat luas senang nak menjahit. Lagi pun kat sini lah anak aku dok main, so aku boleh lah sambil tengok2 anak aku dok main sambil menjahit.

Sorry lah bersepah sikit, lagi pun aku tengah dok menjahit sebab tu lah sepah habis semua...


Thursday, September 11, 2008

I want this giveaway ...heheh

Photobucket

Jane is turning 53 years old this September 16 and she is giving away her 1930's fat quarters.

http://janesfabrics.blogspot.com/2008/09/birthday-giveaway.html

Happy birthday Jane, may god bless you and you can enjoy your sewing and your life.


Photobucket



Thursday, September 4, 2008

Booties...

Photobucket
Yes aku sungguh bangga dengan diriku sebab berjaya menghasilkan kasut yg secantik ini..heheh. Aku cuba buat booties ni tadi...kiranye tengah malam dah ni. Aku sungguh gedik tau bila lihat hasil yg cantik ini...hahaha...

Ok the picture will tel you guys how happy i am..heheh

Hmm ...aku nak bagi kat sapa ni?..sapa nak?..heheh










Photobucket


Posted by Picasa