Sunday, December 27, 2009

BOM JANUARY

Salam semua....maaf kepada siapa yang tak berapa faham apa yang fida maksud kan mengenai BOM kita tu..adoiiiii pening kepala gak ni..fida pun bukanye bagus sangat nak terang kan dalam ayat2 berkarang ni..huhuhu..ok tak pe fida cuba terangkan seboleh mungkin ye....

Untuk bulan JANUARI ni pemain pertama yang akan terima kesemua 12 block BOM itu adalah HANI , dan theme kaler yang dia pilih adalah PUTIH , PINK , HIJAU .

So HANI kena buat block JANUARI dan tak payah hantar kepada sesiapa sebab giliran dia yang kena terima block tu. Yang lain kena buat block masing-masing mengikut kaler yg HANI pilih iaitu PUTIH , PINK , HIJAU dan hantar kepada HANI.

Ok ini adalah block yg masing2 kena buat dan hantar kepada HANI :-

MUSLIHA BUAT BLOCK FEBRUARY HANTAR KEPADA HANI

KAK NAIZ BUAT BLOCK MARCH DAN HANTAR KEPADA HANI

KAK ATON BUAT BLOCK APRIL DAN HANTAR KEPADA HANI

FAWA BUAT BLOCK MEI DAN HANTAR KEPADA HANI

KAK PAH BUAT BLOCK JUN DAN HANTAR KEPADA HANI

KAK DEE BUAT BLOCK JULY DAN HANTAR KEPADA HANI

CIK KEMA BUAT BLOCK AUGUST DAN HANTAR KEPADA HANI

AIMILA BUAT BLOCK SEPTEMBER DAN HANTAR KEPADA HANI

KAK MAZ BUAT BLOCK OCTOBER DAN HANTAR KEPADA HANI

FIDA BUAT BLOCK NOVEMVER DAN HANTAR KEPADA HANI

KUKAKUKA (DIANA) BUAT BLOCK DECEMBER DAN HANTAR KEPADA HANI


Ok fida harap semua faham dan takada sebarang masaalah nak siapkan setiap block masing2 dan hantar kepada HANI sebelum habis setiap bulan.

DAN SEKALI LAGI FIDA MINTA SESIAPA YANG BELUM BAGI ADDRESS KEPADA FIDA SILA BERBUAT DEMIKIAN SEBAB NANTI FIDA NAK FORWARD KAN KEPADA MASING2. FIDA DAH ADA ALAMAT KAK DEE, MUSLIHA, CIK KEMA, KAK NAIZ. YANG LAIN BELUM LAGI. HARAP SEMUA BERJALAN DENGAN LANCAR.







Tuesday, December 22, 2009

Keputusan nombor giliran masing masing...

Assalamualaikum semua..apa khabar?..Saya bersiaran dari Shanghai ni..heheh. Maaf sebab lama tak update..untuk pengetahuan semua kat Shanghai ni facebook atau pun blogspot memang tak boleh dibuka .

So aku kena pinjam laptop adik ipar aku dan kena lalui somekind a tunnel to get through..huhu susah betul.

Ok nampak gayanya permainan quilt kita semakin hampir. Jadi aku dah buat undian dan dah ada dalam tangan aku siapa yang dapat nombor 1-12.

Ok ini adalah senarai nama pemain mengikut giliran :

BULAN JANUARI 2010:
  1. Hani - Block Januari
  2. Musliha - Block Februari
  3. Kak Naiz - Block March
  4. Kak Aton - Block April
  5. FAWA - Block Mei
  6. Kak Pah - Block Jun
  7. Kak Dee - Block Julai
  8. Cik Kema - Block Ogos
  9. Aimila - Block Sepetember
  10. Kak Maz - Oktober
  11. Fida - November
  12. Kukakuka (Diana) - Block December

OK harap semua berpuas hati , nanti untuk bulan februari pemain nombor satu akan buat block februari , pemain nombor 2 akan buat block march dan begitulah seterusnya sehingga kita habis main bulan december. Jangan risau setiap bulan saya akan senaraikan siapa buat block apa. Pada yang dah faham boleh teruskan aja dan kalau ada yang rajin boleh siapkan buat terus semua block just tunggu masa nak pos aja.. :).

OK semua pemain kena siapkan block masing2 sebelum habis bulan dan poskan kepada pemain yang gilirannya jatuh pada bulan tersebut. Ok aku dah kena keluar, adik ipar aku nak pakai laptop dia...semoga semua enjoy dalam game quilt kita ni.. :) happy sewing everybody... and happy new year.

OH YA LUPA NAK CAKAP...TOLONG EMAIL KEPADA SAYA ALAMAT MASING2 SO SENANGN SAYA NAK BAGI KEPADA SEMUA PEMAIN DAN SENANG JUGA SEMUA ORG NAK POSKAN QUILT BLOCK.....EMAIL SAYA ADA DISEBELAH KANAN SIDEBAR SAYA, JUST CLICK AJA.. TQ







START YOUR POSTING HERE

Monday, December 7, 2009

Wrist Pouch

Hehehe..jeles tengok semua org dok buat benda alah ni..so aku pun nak cuba buat jugak..huhu tak secantik mana..tapi dah dapat idea lah macam mana nak buat benda ni...aku beli pattern kat Etsy dan cuba buat...

Nati len kali nak buat cantik2 sikit cam yang org lain buat :)


Hexagon untuk Kak Diah

Kak Diah,... fida minta maaf sebab lambat betul nak siapkan hexy kali ni :)..heheh tapi jangan takut dah 60% siap....ni yang ni dah siap 8 kuntum tinggal lagi 2 aja nak siap..
Yang ni plak dah siap 2 kuntuk , lagi 8 kuntum nak siap...huhu..bertungkus lumus naks iapkan ni....banyak betul projek nak siap...tak terkejar masa..huwaaa.... yang kaler merah belum start buat lagi...Bila tarikh kena hantar ni Kak Diah?..heheh...

OKlah..back to work...sian Kak Diah lama plak nak kena menunggu hexagon dia sampai kan.. :) InsyaAllah nanti sampai lah tu.

Pin Coushion Swap


Salam semua..selamat hari raya :) belum terlambat lagikan nak ucap..heheh.. lama betuikan tak update blog...huhuhu busy sikit..lagi pun tak sempat nak cite2 apa pun.. :(.

Ok kat sini aku nak update pasal pin coushion swap anjuran Tini. Aku dah siapkan pin coushion aku dengan menggunakan stash swap yg di terima dari pada Anasfadilah, tq Anas..cantik2 kain yg saya dapat tu. Dan untuk MyRayyan (a.k.a Cik kema) harap2 anda suka dengan hasil keras tangan saya yang tak seberapa ni... :). Tak pandai nak buat cantik2 sekadar yang terlintas dalam kepala. Since kita dalam group hexagon so fida buat satu besar punya hexagon pin coushion untuk cik kema :)...

Fida buat yg reversable punya..so kalau boring tengok kaler yg sama tukar aja kesebelah lagi satu...ada kaler lain plak..heheh :).


Tuesday, November 17, 2009

BOM- Warna pilihan

OK disini aku nak update mengenai warna yang telah dipilih oleh peserta2 BOM

  1. Mus - putih, merah , pink
  2. Cik Kema - putih, pink, coklat
  3. kak Dee - putih, biru, turquoise
  4. Fida - putih, merah, kuning
  5. FAWA - putih, pink, biru
  6. KukaKuka - putih, purple, biru
  7. Hani - putih, pink, hijau
  8. Kak Maz - putih, brown, turquoise
  9. Kak Naiz - putih , merah , kuning
  10. Kak Pah - putih , biru , hijau
  11. Kak Aton - putih , merah , pink
  12. Aimila - putih , pink , hijau


Update :- ok semua dah bagi kaler..insyaallah dalam masa 2-3 hari lagi saya akan buat undian dan bagitau siapa dapat number 1-12.





Monday, November 16, 2009

Stash Swap...

Salam....aku dah terima STASH SWAP dari Anas, terima kasih banyak2..saya suka sangat.... tapi sekarang ni tengah pikir nak buat pa dengan semua ni eh?..Idea belum mai lagi..dengaq kata Hani nak buat game pakai barang2 yg kita dapat ni..ermm..apa nak buat ehh...?...huhu...

Takpa..nnt2 lah idea tu mai..heheh...ok nak start buat hexy balik.lama dah stop..nanti nak kena siapkan kak dee punya...fall mini quilt aku pun belum buat lagi....ext year dah nak kena hantar dah..aduiii..banyak sangat masuk swap ni...hehehe





Saturday, November 14, 2009

Update BOM

Salam semua....wah rancak korang berborak ye :)..alhamdulillah.....makna nye ada masing2 punya cadangan..ok fida setuju dengan cadangan cik kema....

So disini fida nak bagitau lah apa yg nak kena buat dengan BOM kita ni :-

1. Para peserta tolong bagitau saya apa kaler yg diaorang nak nanti saya akan update dan letak nama berserta dengan kaler yg dah dipilih disebelah sidebar saya ni...so senang nak pantau. Yang penting kaler putih diperlukan untuk background setiap block baru nampak timbul pattern dan juga kaler yg dah dipilih.. :) Saya cadang kan kita pakai 3 kaler :-
1 . putih
2 . kaler pilihan
3 . kaler pilihan

2. Saya akan buat cabutan apabila kita dah nak start main siapa yg akan dapat no berapa dan block apa dia nak kena buat. Contohnye katakanlah..dalam bulan Januari Saya dapat no 1 dan block yang saya kena buat adalah block no 1 dan cik kema dapat no 2 block yg cik kema kena buat adalah block no 2 begitulah seterusnya sehingga block 12. Dan bila dah siap semua org kena hantar pada peserta pertama ini let say pada hari isnin minggu terakhir dalam bulan tersebut. Peserta pertama ini akan menerima 12 block yg berlainan dan dah boleh start buat quilt :) Jangan risau kalau tak paham nanti saya akan bagitau setiap bulan giliran siapa dan block apa dia kena buat...so tak keliru.

3. Cara penghantaran saya cadangkan pakai pos ekspress tu, yg envelop kecik tu..tak mahal sangat baru 3.50 kan?..

4. Tolong update blog supaya senang saya nak pantau siapa dah pos dan penerima dah terima parcel.

Ok apa lagi ehh?..kawan2 tolong saya...kalau ada yg nak tambah2 atau tak kena ke boleh bagitau saya..huhu..apa punya kepala (tokey) ni tak tau buat kerja ka..hahahahahah



Friday, November 13, 2009

BOM Quilt Design

Salam semua....apa khabar?...ermm sunyi blog aku ni ye bila aku takde update apa2..heheheh...

Ok baru-baru ni aku ada cerita dengan Diana a.k.a KukaKuka pasal BOM. Ok apa yg aku cerita dengan dia adalah berkenaan dengan gambar diatas.. BOM quilt untuk 12 bulan... so apa yg aku cerita dengan Diana adalah samaada korang semua setuju tak kalau aku ambik design ni untuk jadikan BOM kita. Setiap orang nanti akan saya bagitau block yang mana diaorang kena buat setiap bulan.

Nanti semua org akan dapat quilt yang sama pattern tetapi kaler aja lain2 nanti...tentang kaler saya tidak akan tetapkan kaler apa2 pun...apa kaler yg korang ada, korang boleh gunakan. Oh lagi satu pasal size block...ituhari saya cakap nak semua block size 12" kan?..tapi design diatas adalah size 15". Senang tak payah pilih2 dalam block galore tu nak cari yg mana block size 12".. ok kalau setuju sila click link kat bawah ni ..nanti anda semua akan dibawa ke website tersebut. Dan save kan link ini dalam blog list anda untuk kesenangan bila nak buat rujukan dan nak print pattern serta tutorial cara2 nak buat block2 semua...

http://www.bomquilts.com/BOM06_cinnamon-teen.html

Oh Lupa nak cakap..kalau setuju tinggalkan komen kat post yg ini ye..so boleh lah kita start dah ..next year tinggal pos kan aja..hehehe

START YOUR POSTING HERE

Saturday, November 7, 2009

Hexy kak shima



Alhamdulillah dah sampai pun hexy ni untuk kak shima....dan yang paling mengembirakan hati ku adalah , kak shima menyukainye...hehehe...

Ok kak shima nanti dah siap tunjuk ye.....


Wednesday, November 4, 2009

Kutu BOM Quilt

UPDATE :-

OK UNTUK PENGETAHUAN SEMUA...AKU DENGAN RASMI NYE MENUTUP KUTU BOM INI KEPADA SEMUA. SEBAB NYE DAH PENUH..HEHEHE..OK THANK YOU KEPADA YANG DAH REGISTER NANTI SAYA AKAN BUAT PENGUMUMAN LAGI BILA DAH SAMPAI MASA NYA NANTI...TAK LAMA LAGI...LAGI SEBULAN SETENGAH..SO KALAU ADA MASA PRACTISE LAH DARI SEKARANG....

OK INI ADALAH LINK YANG KORANG BOLEH LAWATI UNTUK DAPATKAN FREE PATTERN UNTUK BUAT BLOCK....JUST CLIK KAT NAMA ITU YE...

QUILT BLOCK GALORE


QUILTING ABOUT



Ok nampaknye ada yang berminat dengan game yang aku buat ni, alhamdulillah. Tak sia-sia nanti semuanya sebab setiap seorang akan dapat 11 helai BOM (block of the month) termasuk dengan diri sendiri jadi 12 helai. Dan dari 12 helai BOM ni anda akan dapat buat quilt size twin atau pun double ...besar tu..memang berbaloi kan?..heheh..

Oh lupa plak nak cakap...untuk quilt block ni tak semestinye buat patchwork aja, kalau nak buat applique pun boleh ye..janji background dia 12 "....

Ok ni aku nak update nama2 yang telah confirm nak main :-

  1. Faridah a.k.a Fida
  2. Kak Dee
  3. FAWA
  4. Mrs. Fedex
  5. Kak Pah
  6. Kak Aton
  7. Kak Naiz
  8. Aimila
  9. Hani
  10. KukaKuka
  11. Cik Kema
  12. Kak Maz



Ok masih ada lagi 3 tempat kosong...so sesiapa yang berminat jangan ketinggalan..siapa cepat dia dapat... game ini akan bermula tahun depan.

Tak ada banyak syarat cuma pastikan size block anda adalah bersize 12 " dan kain anda adalah kain cotton. Ok bercakap bab kain ni aku mungkin bagi kelonggaran , tak semua yang mampu untuk beli american cotton sebab mahal..atleast kalau kat CP memang mahal..tapi aku dengar dekat Sakura Subang Jaya murah kalau tak silap aku nama kedai tu Sakura sewing shop....so kalau sapa2 yg tinggal kat subang maybe boleh shopping kat sana kot. Ok berbalik pada kualiti kain....tak semestinye american cotton ye...cotton biasa pun boleh..tapi jangan pakai kain satin ke, poly ke sudah lah..hehehe.

Ermm..lagi satu bab jahit pakai mesin atau tangan..kalau sesapa yg ada mesin boleh pakai mesin...pastikan seam allowance adalah 1/4 ", dan pada sesapa yg takde mesin boleh jahit tangan. Pun kena pastikan seam allowance adalah 1/4 ".

Ok kat bawah ni aku ada serta kan you tube yg aku search kat internet, so korang boleh tengok dan belajar sikit2 dari sini..aku nak ajar susah sikit sebab memang aku tak pandai nak ajar dalam alam maya ni.., nak kena berdepan baru boleh ajar..hheheh






Stash swap

OK kawan kawan semua...aku ada lagi satu berita gembira. Kepada yang berminat sila ke blog Hani sebab dia ada buat game baru....ia nya dipanggil stash swap.

Maknanye kita main2 tukar2 barang. So kalau nak join masuk blog Hani dan tinggalkan komen dalam blog dia so dia boleh update blog.
Stash yang perlu disediakan untuk sesi swap kali ini adalah:-
  1. 10 biji butang
  2. 3 pieces fabric bersaiz fat quarters (18"x22")
  3. 3 pieces ribbon (1 meter each)
  4. 2 pieces felt (A4 sze)
  5. special (suprise) stash dari anda

Tuesday, November 3, 2009

Internet Group Quilt

Assalamualaikum...apa khabar semua?..harap2 semua yg sedang menggodek blog aku ni sihat2 belaka.. :)

Ok semua org tahu (semua org ke?) yang aku dan kawan2 lain sedang main kutu hexagon. Dan kalau mengikut kira2 dari kak Dee sudah nak sampai ke penghujung nye. Sekarang ni dah number 6 , so ada lagi 4 org. Number 6 adalah kak shima dan number 7 adalah zura. Dan yang selebihnye adalah turn kak dee. Lepas tu game kutu kitaorang semua dah habis.

Jadi aku ada bagi cadangan kepada kak dee supaya kita boleh buat game baru untuk tahun hadapan, dan kak dee cadangkan supaya aku jadi kepala..ok aku rasa aku boleh jadi kepala..heheh bukan susah pun letak aja kepala atas badan jadilah kepala kan?..heheheh gurau aja... :).

Ok back to the point, so aku punya cadangan untuk tahun depan supaya kita main kutu quilt block . Tak tahu apa itu quilt block?..ok gambar kat bawah ni menerang kan apa itu quilt block.


Dan gambar kat bawah ni plak adalah block2 yang dah dicantum dan dijadikan quilt , so quilt ni dipanggil quilt sampler sebab banyak jenis block dalam tu kan..(huhuhuhu..apa aku cakap ni) sorry ye aku ni tak pandai nak buat penerangan bertulis..harap2 korang paham ajalah...

Give credit for this picture to http://www.quiltingbyjanice.com

Ok gambar ni bukan aku punya..aku search kat internet jumpa contoh gambar ni, so aku pinjam letak kat blog aku sebab nak tunjuk kat korang..heheh.

So ada yang berminat nak main tak?????..aku perlukan 12 org sebab aku nak buat satu bulan satu block setiap seorang. Tapi kalau ada ramai yg nak main aku boleh pecahkan kepada 2 kumpulan. So dalam satu bulan aku akan buat cabutan nama siapa yang akan naik untuk setiap kumpulan. Makna nye dalam satu bulan tu akan ada 2 nama tetapi kumpulan lain2...

Sila tinggalkan komen pada entry ini samaada korang nak main atau pun tidak....game ini akan bermula pada awal tahun depan dan habis pada akhir tahun depan. Kalau ramai yg berminat nanti aku akan bagi website dimana korang boleh dapat kan free pattern untuk buat quilt block dan juga cara2 nak buat quilt block tu ok...






Friday, October 30, 2009

Embroidery and crosstich quilt

Ok ni satu lagi projek aku nak share ngan korang...projek dah 7-8 tahun yang lepas..heheh..lama kan...sapa tak kenal aku..banyak projek dalam tangan yg belum siap, tapi gatal nak buat projek baru..huhuu apa kan daya..aku mmg cepat terpegaruh dengan projek baru....

Ok ini adalah crosstich and embroidery quilt block. Aku beli ni dekat US masa lawatan aku ke sana..heheh. Sama macam crosstich quilt yg aku tunjuk dulu tu...ada banyak lagi yg belum start buat...nanti aku tunjuk embroidery pillow case plak...

Entah bila nak siap..kita tunggu dan lihat.. :)



Winged Four Patch

Apa kata kita rehat kejap dari hexagon..:)..mata dah nak berpinar dengan bunga-bunga.. so aku cuba buat pattern ni..di panggil winged four patch..quite nice... aku dapat pattern ni dari quilt block galore...
Inilah kasilnye bila dah disambung kan..aku baru buat 4 block...tak tau nak tambah lagi atau buat mini quilt aja untuk disangkut kat dinding...dan aku juga tak tahu sama ada nak sambung terus macam ni atau pun tambah frame pada setiap satu block tu so nampak pattern star tu satu2...any adiea friends?..

Denim bag dah sampai


Tadi aku terima parcel ni dari posmen....yess...hadiah give away dari kak dee dah sampai..heheh..aku suka... :)

Tengoklah apa yang aku dapat...denim patchwork bag , magazine dan juga butang..cute sangat butang2 tu...

Thank you kak dee....jahitan bag kak dee sangat cantik dan kemas..... lepas tu aku geram tengok free motion yang kak dee jahit kat bag tu..sangat halus dan cantik...tak macam yg aku buat...jahitan aku tak kemas langsung..huhuhu..kena belajar lagi ni...




Tuesday, October 27, 2009

Diamond hexagon

Ok ni adalah hexagon diamond aku yg kedua, yang kaler kuning merah tu...yg hijau kuning tu yg pertama. Aku teruja tengok yg kak shima punya dah banyak dah siap..heheh tak terkejar saya kak shima..laju betui..tunggulah saya .. :)...

Ok ni kira selang seli dengan hexagon biru dan juga hexagon rakan-rakan kutu... harap-harap dapatlah siapkan semua nye ontime..so takdelah ada banyak hutang...

Nampak gayanya aku punya projek yg lain-lain macam terbengkalai aja...patchwork lah, applique lah, crosstich quilt lah...hmmm....macam ni nak kena pinjam tangan sotong dan nak kena tambah masa 24 jam sehari kepada 48 jam sehari kot...heheheh







Posted by Picasa

Friday, October 23, 2009

My hexagon quilt

Tak tau macam mana Kak Dee boleh siapkan banyak2 hexagon quilt dia...aku yang baru sambung banyak ni dah lenguh tangan..huhu. Rasa macam tak sanggup...tapi semangat kena ada dan berterusan...hidup fida..ehehehe.

Ok inilah antara bunga2 yang telah dikirimkan oleh rakan2 hexy aku dan aku telah cuba untuk sambungkan sikit sehinggalah jadi quilt secantik macam yang kak dia punya..heheh ..doakan saya ye kak diah...





Posted by Picasa

Aku menang..hehehe..tq kak dee

Alhamdulillah....tak terkata rasanya..hehehe....tak ku sangka akan jadi pemenang untuk kak dee punya give away. Rasanya ini kali pertama aku menang ..entahlah tak ingat sebab banyak sangat masuk give away..hehehe..oh tidak..pembetulan..ini kemenangan aku yg kali kedua..pertama kali rasanya aku menang give away dari tintin snazzysuch..heheheh..tu pun aku belum buat apa2 lagi..aku mennag dress budak pompuan...nantilah ada masa aku mesti siapkan..

Apa2 pun kak dee terima kasih banyak2 sangat....seronok tak terkira ni..bangun pagi2 buta semata2 nak tau siapa pemenannya..hahahaha...yelah semalam aku tidur awal..masa kak dee umumkan aku dah lentok atas katil..hahaha..sorry kak shima hantar message pun pagi ni baru fida baca...hehehe...




Wednesday, October 21, 2009

Hexagon untuk Octavia.

Penerima hexy ke5 adalah Octavia a.k.a Mas. Warna yang dipilih oleh Via adalah warna biru dan kuning. Jadi inilah hasilnye setelah dicantumkan dan dibahagi-bahagikan .

Kepada Via, fida doakan semoga Via cepat sembuh dan dapat join kumpulan kita dalam memeriahkan lagi dunia hexagon ini :). Dan tak lupa juga tahniah diatas kehamilan yang ke3 kalau tak silap fida. Jaga diri baik-baik dan jangan banyak sangat bergerak atau buat kerja keras. Biasalah diawal kehamilan macam-macam sakit nak datang kan :).





Posted by Picasa

Monday, October 19, 2009

Bunga cinta ku...

Ini adalah hexagon yang telah aku terima dari kumpulan hexagon game kami...hehehe....biru kuning lagi tu...aku pun belum start buat apa2 lagi pun..hajat dihati nak siapkan jadi selimut...belum pasti lagi apa pattern nak buat dan apa warna nak tambah sebelah luar bunga hexy tu..maybe warna putih....

Ok insyaallah kalau aku dah start sikit2 nanti akan aku update ke blog aku ini.. :)...happy sewing everyone...


bunga dari kak diah
ni yg aku buat..
ni dari cik mus
ni dari kak shima
ni dari kak naiz
ni dari kak diah juga..
ni dari kak balkhis
ni dari zura
ni dari cik kema
Doakan semoga aku ada masa dan sempat siapkan quilt ni ye..hehehe..takut tersimpan bertahun-tahun aja nanti....