Tuesday, November 3, 2009

Internet Group Quilt

Assalamualaikum...apa khabar semua?..harap2 semua yg sedang menggodek blog aku ni sihat2 belaka.. :)

Ok semua org tahu (semua org ke?) yang aku dan kawan2 lain sedang main kutu hexagon. Dan kalau mengikut kira2 dari kak Dee sudah nak sampai ke penghujung nye. Sekarang ni dah number 6 , so ada lagi 4 org. Number 6 adalah kak shima dan number 7 adalah zura. Dan yang selebihnye adalah turn kak dee. Lepas tu game kutu kitaorang semua dah habis.

Jadi aku ada bagi cadangan kepada kak dee supaya kita boleh buat game baru untuk tahun hadapan, dan kak dee cadangkan supaya aku jadi kepala..ok aku rasa aku boleh jadi kepala..heheh bukan susah pun letak aja kepala atas badan jadilah kepala kan?..heheheh gurau aja... :).

Ok back to the point, so aku punya cadangan untuk tahun depan supaya kita main kutu quilt block . Tak tahu apa itu quilt block?..ok gambar kat bawah ni menerang kan apa itu quilt block.


Dan gambar kat bawah ni plak adalah block2 yang dah dicantum dan dijadikan quilt , so quilt ni dipanggil quilt sampler sebab banyak jenis block dalam tu kan..(huhuhuhu..apa aku cakap ni) sorry ye aku ni tak pandai nak buat penerangan bertulis..harap2 korang paham ajalah...

Give credit for this picture to http://www.quiltingbyjanice.com

Ok gambar ni bukan aku punya..aku search kat internet jumpa contoh gambar ni, so aku pinjam letak kat blog aku sebab nak tunjuk kat korang..heheh.

So ada yang berminat nak main tak?????..aku perlukan 12 org sebab aku nak buat satu bulan satu block setiap seorang. Tapi kalau ada ramai yg nak main aku boleh pecahkan kepada 2 kumpulan. So dalam satu bulan aku akan buat cabutan nama siapa yang akan naik untuk setiap kumpulan. Makna nye dalam satu bulan tu akan ada 2 nama tetapi kumpulan lain2...

Sila tinggalkan komen pada entry ini samaada korang nak main atau pun tidak....game ini akan bermula pada awal tahun depan dan habis pada akhir tahun depan. Kalau ramai yg berminat nanti aku akan bagi website dimana korang boleh dapat kan free pattern untuk buat quilt block dan juga cara2 nak buat quilt block tu ok...






13 comments:

DiahRothman said...

KakDee nak main block-block :)

FAWA said...

main blok2 ni jahit tangan ke mesin?

Mrs. Fedex said...

faridah..
kalau sebulan jahit satu block saja..
mus nak main ok..
mau mau..

Sharifah said...

count me in fida.....nak joinnnn.. mesti seronok kann...

rugi btol la tak join hexy.... ni dah tak tau camne nak buat hexy :(

ok fida... kakpah nak main kutu ni tau... best best...mari mari mariiiii

good idea fida

kak aton said...

Salam Dee.
Saya nak join ye..

naiz said...

uikkss bleh ke akak buat ni fida? cam susahhh...aje. aduhai...tapi geram nengok nie..
ada tutorial senang skit kot, utk akak yg zero pasal Quilt nie..

aimila said...

Salam k.fida. Nak join..blh ke??? Pls count me in ehhhh..

Hani said...

fida... i pon nak joint buat quilt balik la. hari tu yg house BOM tersangkut pas deliver... uhuhuh ni kalau next year rasa dah ok ni...

kukaKUKA said...

salam kak fida..saye ni silent reader je..hihi..tapi bile akak sebut pasal kutu quilt ni, berminat plak nak bersuara..ekeke..
mm...ada tak syarat2 nak join..maksud saye, kain jenis ape kene pakai, then nak jahit pakai mesin or tangan?saye ni takde mesin jahit..slalu buat quilt pakai tangan je..hihih..

shima said...

fida
memang seronok.. tapi k shima x leh joint.. sebab baru nak bercinta dengan mesin jahit ni...memang hancus jahitan k shima. k shima jadi pemerhati bebas jelah.. he he.. lagi pun banyak WIP project.. huhuhu.. all the best untuk semua yg take part.. will miss the game.. ;)

FAWA said...

saya confirm ya ...saya juga mohon tunjuk ajar dr sifu semua!!!

akmal said...

salam fida,
nak main jugak boleh?hehe..
best 'tgk' korang main kutu hexy.
lately ni sy asyik on off jahit sbb mcm2 hal berlaku, tambah plak sibuk ngan hal2 kolej..
so kalau dah main kutu ni, barulah komited sikit :)

suhaila said...

kak suhaila pun nak main...please...selalu lambat....boleh la...
akk nak joint tau faridah...