Sunday, May 31, 2009

And the winner is !!!!!!!!!!!!........



Ok..salam semua...seperti yang saya janjikan , hari ini adalah penentu kepada semua yang menyertai give away saya tu untuk mengetahui siapa kah pemenang2 nye. So semalam saya dah potong2 semua nama2 yg menyertai peraduan tu dan gulung2 kertas tu dan buat cabutan bertuah..saya minta tolong pembantu rumah saya yg gulung kan dan buat cabutan sambil saya ambik gambar..hehehe

So ini adalah pemenang2 kepada give away itu....



Pemenang pertama.....( actually dia ni memang bersemangat nak menang hadiah ni...dialah pengomen terbanyak dalam entry saya tu...44 komen..heheh ..so mila berbaloilah hasil usaha awak tu..tahniah ye...)



Pemenang kedua ainna.....tahniah ainna...



Pemenang ketiga Mama Dhiyya...tahniah...semoga akan menjadi pencetus kepada awak...dah siap tunjuk tau..heheh


Dan pemenang keempat adalah Oli...tahniah Oli...semoga anda semua berpuas hati

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yg menyertai give away..dan kepada yang tak berjaya jangan berkecil hati mungkin rezeki anda belum lagi sampai..insyaallah nanti mungkin ada lagi give away dari saya..so tunggu aja harinye..heheh....

Pesanan saya kepada semua pemenang sila EMAILKAN KEPADA SAYA ALAMAT SURAT MENYURAT ANDA BERSERTA DENGAN NO TELEFON DAN JUGA WEBSITE URL ANDA SO SAYA TAHU SIAPA ANDA...

Akhir sekali terima kasih sekali lagi kepada semua yg telah menyertai give away..sampai jumpa lagi....byeee...

Posted by Picasa

Saturday, May 30, 2009

PERADUAN DITUTUP


Wow macam tak percaya aje mata aku ni..inilah kali pertama aku menerima komen dari pembaca blog aku dengan begitu banyak sekali...heheh..selama ni blog aku tak semeriah ini..hehe. Alhamdulillah...walaupun tak ramai yg menyertainye..tapi aku gembira sebab ada jugak yg sudi ....so cukuplah sebanyak 100 komen yg aku terima ...
DENGAN INI AKU SECARA RASMINYA MENUTUP PERADUAN INI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG AKU DILUAR SANA.
TUNGGU HARINYA ESOK UNTUK MENGETAHUI SIAPAKAH PEMENANGNYA....


Saturday, May 23, 2009

Birthday Give away



Salam semua..maaf sebab dah lama sangat rumah aku ni bersawang..tak taulah apa yg busy sangat sampai tak sempat2 nak update blog..heheh.

OK aku rasa semua orang dah buat give away...rasanye aku pun nak cuba buat give away jugaklah... give away ni sempena harijadi aku semalam . Aku bercadang nak bagi benda ni semua kat orang sebab aku tak sempat nak buat semua benda ni. Dari pada dok terperuk dalam kotak simpanan aku lebih baik aku bagi kat orang yg lebih bersemangat dari aku untuk habiskan projek ni. Barang ni semua aku dah beli 10 tahun yg lepas kat US. Tapi macam aku cakap..semangat aku tak berapa nak berkobar-kobar nak buat crosstich ni.

Untuk pengetahuan semua..package ni memang aku dah buka tapi belum start buat apa2 lagi..ada 2 package aje yg aku dah start buat sikit aje tak banyak mana dan ada juga sedikit tanda2 kuning pada kain aida tu sebab dah lama sangat simpan.

So ok here is the rule pada sesiapa yg nak give away ni...ada 4 package semua bermakna ada 4 orang pemenang. Ikut aturan gambar lah ye...gambar pertama kepada pemenang pertama dan begitulah turutan nye sampai gambar ke empat.
Ok lupa nak cakap..sila buat komen didalam entry ini..kalau buat komen dalam shoutbox saya tak dikira tau..itu kalau nak sembang2 ok..heheh

Apa yg anda perlu buat ialah....
1. Sila buat satu entry didalam blog anda mengenai give away ni dan linkkan blog saya dalam entry itu..

2. Buat komen tentang saya dengan seikhlas hati dalam entry ni..( erm..cam mana org nak buat komen pasal aku kalau tak pernah kenal aku?..heheh)

3. Mestilah jadi follower saya dalam blog saya ni...sebab nanti saya senang nak ke blog anda..heheh

4. Link kan blog saya dalam bloglist anda...

5. Boleh buat seberapa banyak komen dalam entry ni sebab kemungkinan untuk menang lebih tinggi..heheh.

Ok itu aje syarat2 nye..heheh...so kepada semua peminat crosstich kat luar sana...cuba2 lah nasib anda..mana tau...ini semua akan jadi hak anda tak lama lagi...

Saya akan bagi masa selama satu minggu dari tarikh ini untuk buat cabutan bertuah itu....so apa lagi tunggu...cepat sebelum terlambat.
So tarikh tutupnye adalah pada 30/5/2009 dan saya akan umumkan pemenang nye pada 31/5/2009....

Hadiah pertama ( candlewicking pillow)



Hadiah kedua (baby chart)



Hadiah ketiga (Rose Royale )



Hadiah keempat (Two hearts wedding record)



Posted by Picasa

Sunday, May 10, 2009

Happy mother's day..



Selamat hari ibu kepada semua kawan2 aku kat luar sana yg sudah bergelar ibu. Semoga hari ni akan mengembirakan kalian semua...

Tuesday, May 5, 2009

Cik As give away....








Berkenan betul dengan bag yg Cik As buat untuk give away tu..yg paling berkenan black and white tu...saya pun ada jugak beli kain tu dekat nagoya tapi tak buat apa2 lagi..tapi bila nampak give away yg Cik As buat teruja plak nak join sekali..hehe..
Cik As..saya nak jugak bag tu tau..heheh...hopefully boleh menang lah...heheh tamak eh aku nih..hahahah....
So kepada sesiapa yg belum buat entry tentang give away ni cepat pergi blog Cik As kita kat website ni
Ok aku dah buat entry dah..sekarang ni blog Cik As nak buat comment plak..heheh