Sunday, December 27, 2009

BOM JANUARY

Salam semua....maaf kepada siapa yang tak berapa faham apa yang fida maksud kan mengenai BOM kita tu..adoiiiii pening kepala gak ni..fida pun bukanye bagus sangat nak terang kan dalam ayat2 berkarang ni..huhuhu..ok tak pe fida cuba terangkan seboleh mungkin ye....

Untuk bulan JANUARI ni pemain pertama yang akan terima kesemua 12 block BOM itu adalah HANI , dan theme kaler yang dia pilih adalah PUTIH , PINK , HIJAU .

So HANI kena buat block JANUARI dan tak payah hantar kepada sesiapa sebab giliran dia yang kena terima block tu. Yang lain kena buat block masing-masing mengikut kaler yg HANI pilih iaitu PUTIH , PINK , HIJAU dan hantar kepada HANI.

Ok ini adalah block yg masing2 kena buat dan hantar kepada HANI :-

MUSLIHA BUAT BLOCK FEBRUARY HANTAR KEPADA HANI

KAK NAIZ BUAT BLOCK MARCH DAN HANTAR KEPADA HANI

KAK ATON BUAT BLOCK APRIL DAN HANTAR KEPADA HANI

FAWA BUAT BLOCK MEI DAN HANTAR KEPADA HANI

KAK PAH BUAT BLOCK JUN DAN HANTAR KEPADA HANI

KAK DEE BUAT BLOCK JULY DAN HANTAR KEPADA HANI

CIK KEMA BUAT BLOCK AUGUST DAN HANTAR KEPADA HANI

AIMILA BUAT BLOCK SEPTEMBER DAN HANTAR KEPADA HANI

KAK MAZ BUAT BLOCK OCTOBER DAN HANTAR KEPADA HANI

FIDA BUAT BLOCK NOVEMVER DAN HANTAR KEPADA HANI

KUKAKUKA (DIANA) BUAT BLOCK DECEMBER DAN HANTAR KEPADA HANI


Ok fida harap semua faham dan takada sebarang masaalah nak siapkan setiap block masing2 dan hantar kepada HANI sebelum habis setiap bulan.

DAN SEKALI LAGI FIDA MINTA SESIAPA YANG BELUM BAGI ADDRESS KEPADA FIDA SILA BERBUAT DEMIKIAN SEBAB NANTI FIDA NAK FORWARD KAN KEPADA MASING2. FIDA DAH ADA ALAMAT KAK DEE, MUSLIHA, CIK KEMA, KAK NAIZ. YANG LAIN BELUM LAGI. HARAP SEMUA BERJALAN DENGAN LANCAR.







Tuesday, December 22, 2009

Keputusan nombor giliran masing masing...

Assalamualaikum semua..apa khabar?..Saya bersiaran dari Shanghai ni..heheh. Maaf sebab lama tak update..untuk pengetahuan semua kat Shanghai ni facebook atau pun blogspot memang tak boleh dibuka .

So aku kena pinjam laptop adik ipar aku dan kena lalui somekind a tunnel to get through..huhu susah betul.

Ok nampak gayanya permainan quilt kita semakin hampir. Jadi aku dah buat undian dan dah ada dalam tangan aku siapa yang dapat nombor 1-12.

Ok ini adalah senarai nama pemain mengikut giliran :

BULAN JANUARI 2010:
  1. Hani - Block Januari
  2. Musliha - Block Februari
  3. Kak Naiz - Block March
  4. Kak Aton - Block April
  5. FAWA - Block Mei
  6. Kak Pah - Block Jun
  7. Kak Dee - Block Julai
  8. Cik Kema - Block Ogos
  9. Aimila - Block Sepetember
  10. Kak Maz - Oktober
  11. Fida - November
  12. Kukakuka (Diana) - Block December

OK harap semua berpuas hati , nanti untuk bulan februari pemain nombor satu akan buat block februari , pemain nombor 2 akan buat block march dan begitulah seterusnya sehingga kita habis main bulan december. Jangan risau setiap bulan saya akan senaraikan siapa buat block apa. Pada yang dah faham boleh teruskan aja dan kalau ada yang rajin boleh siapkan buat terus semua block just tunggu masa nak pos aja.. :).

OK semua pemain kena siapkan block masing2 sebelum habis bulan dan poskan kepada pemain yang gilirannya jatuh pada bulan tersebut. Ok aku dah kena keluar, adik ipar aku nak pakai laptop dia...semoga semua enjoy dalam game quilt kita ni.. :) happy sewing everybody... and happy new year.

OH YA LUPA NAK CAKAP...TOLONG EMAIL KEPADA SAYA ALAMAT MASING2 SO SENANGN SAYA NAK BAGI KEPADA SEMUA PEMAIN DAN SENANG JUGA SEMUA ORG NAK POSKAN QUILT BLOCK.....EMAIL SAYA ADA DISEBELAH KANAN SIDEBAR SAYA, JUST CLICK AJA.. TQ







START YOUR POSTING HERE

Monday, December 7, 2009

Wrist Pouch

Hehehe..jeles tengok semua org dok buat benda alah ni..so aku pun nak cuba buat jugak..huhu tak secantik mana..tapi dah dapat idea lah macam mana nak buat benda ni...aku beli pattern kat Etsy dan cuba buat...

Nati len kali nak buat cantik2 sikit cam yang org lain buat :)


Hexagon untuk Kak Diah

Kak Diah,... fida minta maaf sebab lambat betul nak siapkan hexy kali ni :)..heheh tapi jangan takut dah 60% siap....ni yang ni dah siap 8 kuntum tinggal lagi 2 aja nak siap..
Yang ni plak dah siap 2 kuntuk , lagi 8 kuntum nak siap...huhu..bertungkus lumus naks iapkan ni....banyak betul projek nak siap...tak terkejar masa..huwaaa.... yang kaler merah belum start buat lagi...Bila tarikh kena hantar ni Kak Diah?..heheh...

OKlah..back to work...sian Kak Diah lama plak nak kena menunggu hexagon dia sampai kan.. :) InsyaAllah nanti sampai lah tu.

Pin Coushion Swap


Salam semua..selamat hari raya :) belum terlambat lagikan nak ucap..heheh.. lama betuikan tak update blog...huhuhu busy sikit..lagi pun tak sempat nak cite2 apa pun.. :(.

Ok kat sini aku nak update pasal pin coushion swap anjuran Tini. Aku dah siapkan pin coushion aku dengan menggunakan stash swap yg di terima dari pada Anasfadilah, tq Anas..cantik2 kain yg saya dapat tu. Dan untuk MyRayyan (a.k.a Cik kema) harap2 anda suka dengan hasil keras tangan saya yang tak seberapa ni... :). Tak pandai nak buat cantik2 sekadar yang terlintas dalam kepala. Since kita dalam group hexagon so fida buat satu besar punya hexagon pin coushion untuk cik kema :)...

Fida buat yg reversable punya..so kalau boring tengok kaler yg sama tukar aja kesebelah lagi satu...ada kaler lain plak..heheh :).