Wednesday, August 25, 2010

B.O.M August untuk Cik Kema...

Salam semua....baru sahaja selesai menjahit B.O.M untuk Cik Kema . Tema Cik Kema adalah White , Pink and Brown...pasni nak melawat pejabat pos kejap :-). Harap Cik Kema happy dengan hasil jahitannya. Yang funny nya Cik Kema jugak dah hantarkan B.O.M kepada saya dengan design yg sama...kebetulan plak ekk...hehehe..

Ok saya harap yg lain jugak telah menerima B.O.M masing-masing.... saya pun dah tak tau nak cakap apa lagi...saya rasa masih ada peserta yg telah lepas masih belum menerima sepenuhnya block masing2. dengan rendah hati minta maaf banyak2 sangat diatas segala kesulitan...Saya dah bagi peringatan dan juga dah minta masing2 berkerjasama. So terpulang lah pada diri masing2 untuk menyiapkan tugasan masing2 dan menghantarkan kepada penerima2 block of the month ini.

Ini juga merupa kali terakhir saya menganjurkan benda macam ni...leceh nak handle benda ni semua kalau ada yg tak bagi kerjasama.... saya akan update block yg saya telah terima awal dari kawan2 yg lain...saya dah terima 2 block....terima kasih kepada yg menghantar awal kepada saya.